CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN
Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah
Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3
kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu
ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-
· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.
Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda
tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan
bertawakal kepada Allah.
Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali
sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki
kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.
Saya dapat nie pun dari blog orang lain...tapi xsalah mencubakan..mudah2an baik semuanya...yang penting tawakal kepada Allah Taala....dan jangan lupa baca doa menaiki kenderaan setiap kali memulakan perjalanan...insyaAllah...selamat...
note : saya pun lom mandikan keta baru saya...huhu...